Sunday, August 2, 2009

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad


Assalamuallaikum buat semua kawan2,

Pada 25 Julai 2009 yang lalu, kita di kejutkan dengan pemergian pengarah filem Yasmin Ahmad. Aku memang ada membaca berita ketika dia koma dan kemudian Dr mengesahkan pendarahan dalam otak yang menjadi punca beliau koma. Pada petang 24 Julai sehari seblum berita beliau menghembuskan nafas terakhir, aku ada berbual2 dengan orang rumah aku dalam kereta. Aku cakap.. semoga tuhan memanjangkan usia beliau. Aku adalah salah seorang peminat karya beliau. Semua filem arahan beliau aku tonton kecuali Telentime tapi aku memang menantikan DVD filem itu di pasaran. Filem Mukhsin aku tonton bersama orang rumah di panggung wayang. Mana kala Sepet dan Gubra pula aku menonton di TV dan kemudian membeli pula VCDnya kerana nak tengok lagi. Sebenarnya aku bukan kaki wayang. Filem pertama yang aku tonton dulu adalah filem Azura (lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud). Masa tu aku masih di sekolah rendah tahun 80an. Dan selepas Azura, filam yang aku tonton adalah Puteri Gunung Ledang. Boleh korang bayangkan berapa lama aku tidak ke panggung. Dan Mukhsin adalah filem ke 3 yang aku tonton di panggung. Mungkin kerana aku bukan kaki panggung jadi aku agak selektif dalam memilih filem yang ingin aku tonton. Biasanya kalau aku menonton filem, aku suka filem yang boleh buat aku berfikir dari dalam panggung sampai ke luar panggung. Aku mungkin tidak seperti orang kebanyakan yang menjadikan panggung untuk melepaskan tekanan atau untuk berhibur. Ya.. sebenarnya aku percaya itulah selera orang di Malaysia. Mereka mahu menonton filem yang membuat mereka happy ketawa dan terhibur. Terbukti filem2 seperti ini selalu mendapat kutipan pecah panggung. Tatapi filem seperti Yasmin Ahmad ini selalunya bukan pilihan kaki panggung. Selera masing2. Aku takde hak nak mengubah cara orang lain, cita rasa orang lain. Tapi bagi aku kerana pengarah2 seperti beliau yang menyebabkan aku akan terus mendukung dan menjadi pecinta Filem buatan Malaysia. Kalau kawan2 dari Facebook atau Friendster aku yang mungkin ada membaca tentang profile aku, pasti korang perasan yang aku menulis nama Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan Khabir Bahtia di bahagian filem yang aku gemari adalah hasil karya mereka berempat. Tapi sayang sekali kini tinggal 3.

Iklan yang dihasilkan semuanya menyentuh perasaan, bersifat kekeluargaan, kasih sayang dan perpaduan. Bila tiba bulan ramadhan atau musim perayaan, aku pasti akan nantikan apa lagi produk2 kreatif dari beliau. dan biasanya ianya akan menjadi bualan ramai.

Kini, tiada lagi iklan2 hasil karya beliau. Tiada lagi filem2 beliau untuk aku tonton dan memikirkan apa yang tersirat di dalam pemikiran beliau. Tiada lagi pelakon2 baru yang berbakat besar yang dicungkil oleh beliau yang tidak hanya bersandarkan paras rupa dan glamor. Semoga roh beliau abadi di sana. Yasmin Ahmad, kau 1 dalam sejuta dan aku adalah 1 dalam sejuta yang meminati karya mu.

No comments:

Hairil Khambali

Reka Lencana Anda