Monday, March 21, 2011

Birthday Aiman 6 Tahun.




Selamat Hari Jadi Aiman. Dah 6 tahun dah anak aku yang sulung ni. Aku masih boleh mengingati apa yang berlaku 6 tahun yang lalu. Haizah masuk wad dari petang 20 Mac 2005. Dan aku masa tu masih bergelar pelajar tahun 2 di UTM Skudai. Nama Muhammad Aiman Hakim memang aku dah standby awal2 lagi bila dapat tahu yang bayi yang akan lahir nanti seorang lelaki.Dari jam 12 tengah malam, haizah dah mula rasa sakit yang sekejap datang dan sekejap hilang.. dan sakit tu berlarutan sehingga beberapa jam. Lepas air mentuban pecah dan tunggu Dr datang, aku tetap setia dalam bilik bersalin tu. Aku tak mahu terlepas pengalaman pertama menyambut kelahiran bayi. Masa tu, mak aku ada dalam bilik wad haizah. Sekejap aku ke bilik wad tengok mak dan sekejap aku ke bilih bersalin tengok haizah. Akhirnya Dr pun sampai. Dan bermulalah proses melahirkan bayi. Aku menyaksikan dari A to Z. Aku mulanya test power je. Takut tak larat nak tengok darah ke.. pening ke.. rasa nak pitam ke.. tapi bila aku tengok keadaan aku terkawal dan stabil, aku teruskan juga hasrat untuk melihat bayi aku keluar. Alhamdulillah, tepat jam 3.03 pagi aiman keluar juga dengan normal cuma dr menggunakan vacum untuk menarik kepala aiman keluar. So lonjong lah sikit kepala dia kesan dari vacum tu. Alhamdulillah, aiman seorang anak yang mendengar kata. Walaupun ada kala nakal nya buat kan aku hangin tapi aiman mudah di jaga dan dia juga boleh diharapkan untuk menjaga adik2 dan dia sangat sayangkan adik2 nya Ariana dan Aireen. Semoga aiman akan sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan menjadi anak yang soleh untuk menjadi pembimbing adik2nya pula.

Terima kasih buat Mak Cu, Along, Nisak dan Bahjat yang sama2 meraikan Hari Jadi Aiman di Pizza hut Damansara Alif. Bawakan cake dan toys untuk aiman. Seronok betul budak2 tu malam tadi.

Wednesday, October 27, 2010

Gambar HDR untuk Pameran Fotografi anjuran KElab Lensa Kreatif

Assalamuallaikum..
Pada 30 Okt 2010, SMK Aminuddin baki Johor Bahru akan mengadakan Majlis Harum Mewangi yang ebrtempat di Dewan Sekolah SMK Aminuddin Baki. Dalam majlis tersebut, kelab lensa kreatif akan mengadakan pameran fotografi. Saya sebagai seorang pengemar fotografi turut menyumbang beberapa koleksi gambar saya pada hari tersebut.. gambar yang bertemakan HDR menjadi pilihanuntuk tatapan warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru. Di antara gambar yang saya sumbangkan adalah seperti di bawah.


Add Image



Jika anda mempunyai minat yang sama... dalam bidang fotografi.. sila hubungi saya di sini

Saturday, August 15, 2009

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani

Salam rakan-rakan pembaca..

Sekali lagi industri Hiburan di kejutkan dengan kematian vokal utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim ke rahmatullah 13 Ogos yang lalu kerana serangan jantung. Aku salah seorang penggemar kelunakan suara beliau. Takkiralah dalam lagu2nya, alunan azannya.. bacan zikrinya.. dan takbir rayanya.. Merdu betul.. Dari banyak2 lagu yang dinyayikan, aku sangat meminati lagu Anak Soleh dan Kerlipan Cinta.

Aku pernah melihat Kumpulan Rabani menyanyi secara live ketika di Pasir Gudang dulu dan aku juga pernah menelefon dan berutus emel dengan Ustaz Asri sendiri apabila bercadang untuk menjemput kumpulan hebat ini di satu majlis di Pasir Gudang.

Apabila seorang demi seorang insan2 yang aku kagumi dalam industri hiburan tanah air pergi mengadap ilahi.. aku rasa insaf sendiri.. mereka2 yanghebat ini, tuhan jemput mereka lebih awal.. ketika nama mereka di puncak.. Mungkin untuk mennyedarkan kita agar jangan sekali2 lupa penghujung jalan kehidupan.

Baru2 ni aku ada bercadang untuk membeli sebuah album Hari Raya kumpulan Rabbani apabila tiba bulan puasa nanti. Ada satu album yang kumpulan Rabbani rakamkan iaitu lagu2 raya yang evergreen tetapi diberi sentuhan suara lunak Ustaz Asri.. aku akan mencari juga album itu nanti..
Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan aku ingin menjadi seperti Ustaz Asri yang mempunyai keperibadian yang hebat.

Salam sayang untuk semua

Anak Soleh
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa


Sunday, August 2, 2009

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad


Assalamuallaikum buat semua kawan2,

Pada 25 Julai 2009 yang lalu, kita di kejutkan dengan pemergian pengarah filem Yasmin Ahmad. Aku memang ada membaca berita ketika dia koma dan kemudian Dr mengesahkan pendarahan dalam otak yang menjadi punca beliau koma. Pada petang 24 Julai sehari seblum berita beliau menghembuskan nafas terakhir, aku ada berbual2 dengan orang rumah aku dalam kereta. Aku cakap.. semoga tuhan memanjangkan usia beliau. Aku adalah salah seorang peminat karya beliau. Semua filem arahan beliau aku tonton kecuali Telentime tapi aku memang menantikan DVD filem itu di pasaran. Filem Mukhsin aku tonton bersama orang rumah di panggung wayang. Mana kala Sepet dan Gubra pula aku menonton di TV dan kemudian membeli pula VCDnya kerana nak tengok lagi. Sebenarnya aku bukan kaki wayang. Filem pertama yang aku tonton dulu adalah filem Azura (lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud). Masa tu aku masih di sekolah rendah tahun 80an. Dan selepas Azura, filam yang aku tonton adalah Puteri Gunung Ledang. Boleh korang bayangkan berapa lama aku tidak ke panggung. Dan Mukhsin adalah filem ke 3 yang aku tonton di panggung. Mungkin kerana aku bukan kaki panggung jadi aku agak selektif dalam memilih filem yang ingin aku tonton. Biasanya kalau aku menonton filem, aku suka filem yang boleh buat aku berfikir dari dalam panggung sampai ke luar panggung. Aku mungkin tidak seperti orang kebanyakan yang menjadikan panggung untuk melepaskan tekanan atau untuk berhibur. Ya.. sebenarnya aku percaya itulah selera orang di Malaysia. Mereka mahu menonton filem yang membuat mereka happy ketawa dan terhibur. Terbukti filem2 seperti ini selalu mendapat kutipan pecah panggung. Tatapi filem seperti Yasmin Ahmad ini selalunya bukan pilihan kaki panggung. Selera masing2. Aku takde hak nak mengubah cara orang lain, cita rasa orang lain. Tapi bagi aku kerana pengarah2 seperti beliau yang menyebabkan aku akan terus mendukung dan menjadi pecinta Filem buatan Malaysia. Kalau kawan2 dari Facebook atau Friendster aku yang mungkin ada membaca tentang profile aku, pasti korang perasan yang aku menulis nama Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan Khabir Bahtia di bahagian filem yang aku gemari adalah hasil karya mereka berempat. Tapi sayang sekali kini tinggal 3.

Iklan yang dihasilkan semuanya menyentuh perasaan, bersifat kekeluargaan, kasih sayang dan perpaduan. Bila tiba bulan ramadhan atau musim perayaan, aku pasti akan nantikan apa lagi produk2 kreatif dari beliau. dan biasanya ianya akan menjadi bualan ramai.

Kini, tiada lagi iklan2 hasil karya beliau. Tiada lagi filem2 beliau untuk aku tonton dan memikirkan apa yang tersirat di dalam pemikiran beliau. Tiada lagi pelakon2 baru yang berbakat besar yang dicungkil oleh beliau yang tidak hanya bersandarkan paras rupa dan glamor. Semoga roh beliau abadi di sana. Yasmin Ahmad, kau 1 dalam sejuta dan aku adalah 1 dalam sejuta yang meminati karya mu.

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan


Assalamuallaikum buat semua..

Alhamdulillah.. syukur kepada tuhan dengan rahmat kasih sayangnya kita di pertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan Ramadhan ni kalau kita perhatikan ianya memang dinanti oleh umat islam keseluruhannya. Bulan ni lah kalau nak melipat gandakan pahala.. Nak tambah amalan2 yang baik. Dan bulan ni jugak di nantikan oleh orang2 yang rasa berat badan berlebihan. Walaupun tak lah ramai sangat yang berjaya menurunkan berat badan tapi bulan ni boleh lah menjadi satu titik perubahan yang baik untuk ke arah itu. Di kalangan peniga pulak.. haa.. bulan Ramadhan ni macam durian runtuh. Ada yang jual nasi berlauk, kuih, air, ayam golek, pendek kata macam2 ada. Tapi kalau beniaga tu biarlah ikhlas.. jangan fikir untung je.. makanan semalam tak habis.. jual lagi hari esok. Macam lauk pulak.. masak pagi2... pas tu bila orang beli.. nak buat buka.. ada yang dah basi.. emm aniaya orang tu namanya.
Tapi kalau di kalangan orang2 yang wara' ramadhan ni disambut dengan gembira.. Amalan di perbanyakkan. Solatnya, sedekahnya.. macam2 lah dan bila Ramadhan dah hampir berakhir.. mereka cukup sedih takut ramadhan kali ini adalah yang terakhir buatnya. Semoga kita juga akan lebih menghayati Ramadhan sebagai mana meraka itu.
Okeh sampai di sini dulu.. Selamat Berpuasa untuk semua.. Wassalam.

Saturday, July 26, 2008

Aku Bloger Baru

Bismillahirahmanirahim..

Akhirnya aku ada juga blog sendiri. Rasa macam best jugak ada blog ni. Sebelum ni aku dah ada 2 page koleksi gambar-gambar yang aku ambil. Aku memang minat ambil gambar. Page gambar aku yang pertama adalah www.flickr.com/photos/herohua. Page ni best jugak sbb aku boleh masukkan gambar2 yang terpilih untuk aku kongsi dengan kawan2 atau sedara mara aku. Paparan dia lebih bersih, jelas dan tak de iklan2 yang menganggu mata. Tapi aku ambil pakej free.. so limited lah gambar yang aku boleh masukkan. Sekitar 200 gamabr sahaja. Yang kedua pulak aku rasa agak popular.. Fotopages..http://hairil77.fotopages.com. unlimited.. tapi iklan dia bersepah kat atas bawah kiri kanan.. so aku rasa lemas lah pulak.. so aku harap dapat berkongsi sesuatu yang aku minati melalui blog ni.. sampai nanti wassalam..
Hairil Khambali

Reka Lencana Anda